Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 5

Re: Komplain Berkaitan Rumah Sewa

Merujuk perkara di atas, saya ingin meleretkan beberapa komplain terhadap pihak tuan. Sejak dua bulan yang lalu, saya dan sekufu penyewa di rumah ini telah berbincang dan mencapai kata sepakat untuk memohon pihak tuan memberi penjelasan berkaitan hal pembayaran sewa, bil dan sebagainya.

2. Semasa pembayaran sewa rumah bagi bulan April yang lalu, saya sendiri telah bersemuka dengan pihak tuan dan berbincang mengenai tunggakan bil Indah Water yang perlu dilangsaikan oleh pihak tuan sendiri memandangkan ianya adalah tunggakan bernilai RM330 dari tahun sebelumnya. Saya juga turut menanyakan tunggakan bil elektrik dan tuan telah menjelaskan sebab berlakunya tunggakan tersebut iaitu pihak tuan gagal membayar tepat pada waktunya. Kemudian, saya serahkan wang sebagai bayaran bil bulan itu dan berharap pihak tuan boleh menyelesaikan kerumitan ini. Namun begitu, kini bil elektrik yang diterima oleh pihak kami masih lagi berstatus tertunggak. Ape cite nehhh?

3. Sama seperti kes tunggakan bil elektrik, pihak Indah Water telah menghantar wakil ke rumah ini kerana sehingga kini masih belum menerima bayaran tunggakan. Ape cite lagih??

4. Saya dengan ini berasa amat malas nak pergi hantar wang sewa rumah kepada tuan dan mengikut perjanjian hitam putih, pihak tuan rumah lah yang sepatutnya datang mengutip wang. Nak amek sendiri.

Sekian terima kasih.

Wednesday, June 29

Sempurna seperti siapa?

N  N  O  E

rearrange these letters and you'll get the answer.

remind it over and over again.
reflect on this every now and then.
there's no perfections
Unless you tried with everything you had
Satisfation is the new perfection!

Ow Yeah~
^_^

Thursday, June 23

Liang ke! liang ke!

Meaning: Berdua! Berdua!

Harini bebudak persatuan Sains pergi lawatan di IPharm.
Majlis perasmian Kompleks Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia
Amacam? Gempak tak bunyi dia?

By the way, as usual bahagian kata-kata aluan sangatlah lama
Bebudak ni panggil ceramah.
"Teacher, this ceramah is so boring"
"What ceramah?"
"This ceramah lo. Talking so long nobody listen"
Haha memang pon. Tapi aku buat-buat muka serious jela.
Bermula la aktiviti bebudak ni seperti biasa
"Teacher, may I go to toilet?"
Senang aku cakap "2 at a time!!"
"Hah?" Zheng Da translate kan. "Liang ke! Liang ke!"
OK aku paham sikit2, berdua maksudnya.

So, sepanjang 'ceramah' kitorang asyik usha bau makanan
Jin Kee pandang-pandang aku sambil bisik
"Teacher, I can smell gulai." Dengan muka bahagia sengih-sengih
Tak sabar nak makan la tu. Aku pun ada smell-smell jugak
Macam bau udang bakar. Perghh terliur.

Lepas dah setel potong reben rasmi, semua tetamu kehormat dijemput melawat bahagian dalam bangunan baru Kompleks Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia. Then, aku dengar para hadirin dijemput menjamu selera. EH, makan dulu ke? Apa lagi, melantak la kitorang. Baru aku tahu bebudak ni layan jugak makan gulai. Serumpun sangat kita seMalaysia rupanya. Berpatriotik kejap. Tapi diorang neh setiap masa pergi topup makanan. Mentang lah makan stail bufet. Eh eh eh. Pulun beratur semuanye. Menjamu saje dah 25minit. Aku tak bagi topup makan dah tapi diorang pandai datang sua ais kacang depan aku. Memang tak boleh tolak sebab aku nak amek jugak tadi tapi malas nak beratur. Hehe. Dah2 tak boleh terpedaya lebih sangat. Dah 4.45 baru gerak masuk dalam tengok pameran. Jalan atas karpet merah semua pakat teruja. Macam VIP. Sayangnya keluasan pameran tidak seperti yang disangka. Sangat kecil dan hanya ada lapan booth je and hanya beberapa booth sahaja yang bagi layanan baik. Agak terkilan saat itu.

Anyway, 15minit kemudian bas dah sampai kat luar kompleks. Kesian kitorang takde kamera. Aku punya handphone pulak bateri lemah. Sempat 2,3 gambar je. Lagi sekali bebudak mintak nak melantak. Eh eh perut tong eh? Balik sekolah semula jam 5.15 sampai pagar dah kunci dan pakgard pon hilang. Hampeh kena jalan masok ikot Gate A. Sekian laporan Lawatan Sambil Belajar Persatuan Sains SMJK (C) dot dot dot. :D

Tuesday, June 21

Salah Seorang Penghutang

Common conversations dari penghutang-penghutang duit PT (ptptn):

Pada suatu tengahari yang hening, momen-momen aku mula kebuluran nasik.

"You dapat tak permohonan UJRAH 3% tu Sarah?" Simitha tanya aku.
"Belom lagi sbb I tak submit pn lagi borang dari emel tu. Dah lama sangat I tangguh dari Feb haritu still tak siap-siap. Haha. You dah setel dah? Eh, tarikh you punya borang tu bila?"
"Ya I dah submit masa tengah bulan Mei tapi tak dapat apa-apa berita lagi. Kalau tak silap I pada borang tu bulan Jan kot"
"Oo..ok la tu Sim at least you dah submit. Maybe proses lambat sikit kan amek masa."
"Yela kan. Tapi kan I memang belom start bayar langsung. Risau lama-lama kena bayar banyak habis la I."
"Alahai Sim, bukan you sorang I pun sama. Tapi bila I refer balik kat borang tu, I rasa macam ada tak kena pulak. I ingat satu phrase tu pihak diorang berhak tolak jumlah dari amount gaji kita without any notice."
"Isk! Haa. Itulah. Kawan I pn ada cakap diorang macam tolak banyak kalau melalui penolakan gaji."
"La iyea ke? AND I ada dengar each time kita buat pembayaran kena charge 50sen." Aku saja bagi hot.
"Betol ke Sarah? Masak la macam ni. I rasa I kena bayar dari sekarang, kat post office boleh kan?"
"Hah? Err..boleh boleh.. "


Dengan aku sekali naik gelabah. Hish, naik dua kali lah gelabahnya. Hadoii...

Tuesday, May 31

Kehilangan Diri

Wassap wassap asap2 sekalian! <----(kurang adab)
Maafkan saya..

So, masok harini dah hari kedua aku berada di Ipoh. Ipoh ni macam pekan je kot tapi macam bandar jugak tapi boleh la kalau nak banding dengan Penang or KL. Why? Sebabnya kan, I rasa Ipoh ni punya kedudukan geografi yang segar. Kawasan tanah pamah dan gunung ganang yang masih rumpun. Okay okay aku merapu. Titik.

Bagi aku, Ipoh ni tempat yang macam nice place untuk keluarga. Ecece. Cakap pasal keluarga pulak kan? Takdelah. Cuma aku tengok kawasan perumahan kawasan ni bagus. Berbeza sangat dengan Penang. Lot rumah banyak. Kawasan riadah banyak. Kawasan sekolah pun berlambak. Kawasan lepak boleh tahan. Lagi pun tak banyak rumah "sarang burung" <----(flat-condo-tinggi-bagai). Amat eyes-cooling.

Semalam pergi tengok cerita Karak. 
KOmen: Hurm..

Ntah pape bila
  • urban legend yang dilakonkan semula menarik tapi tak logik sebab manusia boleh plak dimakan2 dan diratah2 dagingnya oleh hantu? Erkk?
  • Watak Ida lakonan Kilafairy gedik gile jadi sex-appeal jela dalam filem nih. Dah malam2 menumpang rumah orang lagi sebok nak g mandi2 segala. Ntah pape
  • Intonasi nada suara akak hantu yang cari anak dia - HAHAHA kelaka!
  • Dalam hutan terang macam ada spotlight
  • Jack makan kudis luka sendiri.. EEUuuuuuwwwww sgt2..(tekak loya lagi sekali)
  • Ending tak logik sebab konon polis jumpa 3 mayat yang last hilang tapi masa sorang yang konon hilang tu jerit menangis tengah orang ramai, elok je diorang pandang buat muka pelik. Kata hilang? Heh!
Boleh tahan gak bila
 Sebelom berlakunya kemalangan

  • Teknik CGI mantop hantu dimekap bersungguh2 tapi rupa hantu tu macam makhluk dalam cerita Death Note
  • Unsur perli memerli orang tang "kenapa lari? Kata orang beriman." Haha. Makan dalam kot
  • Motif cerita ni boleh tahan. Lepas kemalangan tu, semua kawan si heroin dah mati. Yang hidop nya dia sorang je. So sepanjang perjalanan cerita tu, minah yang survive hanya bersama roh-roh jela. Logik nya memang hantu-hantu tu kacau sebab nak sesatkan roh kengkawan yang mati. Dalam masa yang sama nak ngajak si heroin ni jugak. Tapi modal nya si heroin ni konon juara qariah kebangsaan. Ahh malas nak cerita. 
Kesimpulan: Kalo korang hobi tengok wayang, sure tak kesah sangat psl harga tiket wayang kan? Pergi jela tengok sebab cerita hantu ni lain dari cerita hantu melayu yang ada. Main dish okay menarik jugak tapi side dish hancur. Enjoy~

Penyebab kemalangan. Nampak budak nih, teros terbabas


 Si Ida yang mati tercucuk kayu. Tak paham aku. 
Ko dah mati apesal nak mati lagi sekali?

 Scene JIJIKS. Dah kau kopek kau makan kan?
Geli bodoh!

Rate: 2.5 out of 5. Sekian

Friday, May 27

Result from different state of emotions


I already did this quiz but at that time I wasn't feeling sadness, upset or whatsoever

Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.
The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.
The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
How do you view success:
You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.
What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.
Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long

Monday, May 23

When you say nothing at all

I couldn't have been more wrong
I thought that I could bear
And nod all the way down
Pretend like it would be okay
still the only thing I can do
was end myself crying to sleep


Thursday, May 19

Depressed being compressed. Compressing depression!


Boleh bayangkan tahap kemurungan ayat di atas? Jika ya, TAHNIAH! Anda takde menang pape. 
Dua minggu lepas plat kereta aku kena kepak. Dammit lah. Ya memang salah aku sebab degil parking kat spot tuh. Spot penunggang motorsikal panjat pembahagi jalan. Spot yang merbahaya sebab diorang tetibe muncul dari ceruk tuh amat berjaya memeranjatkan pemandu laju. Lepas dah park aku sedar itu adalah spot diorang. Malang nya aku salah bertawakal. Ada si polan mana ntah yang sangat kurang adab melipat plat belakang jadi macam kueh karipap. Naseb baik lah takde polan yang nak jadikan kereta aku kek dihias aising spray macam-macam tulisan. Mau menangis dua hari sebulan.
Semalam dan kelmarin asyik pinjam duet rumet. Ape cite ntah ATM asyik jerit-jerit takmau terima kad. Aku pun asyik makan benda tula. Asyik asyik amat. Lepas mengadu kat akak kaunter yang lama amat nak siapkan kad, dia bagi kad baru. Kaler biru. Siap ada nama, i-debit. Apebenda dia explain aku tak fokus sebab nak cepat. Terima kasih kak. 
Harini dah boleh relaks. Semua tasks setel. Beria lepas sekolah pergi cari tiket Pirates Carribean. Seat kedua dari depan skrin siapa yang nak? Buat penat je. Dah pesan banyak kali dah jangan nak beria sangat dalam semua hal! Degil....
Seterusnya cerita rumah sewa. Payah juga menyewa ni sebenanya. Tuan rumah tak wayar tunggakan, penyewa pulak yang kena hadap. Cepat- cepatlah selesaikan bil sebelum lagi parah.
Lagi cuti dibekukan. Kena tunggu lima hari baru boleh bertolak balik negeri kelahiran. Baki cuti 10hari daripada 15 hari. NEXT....
Question for todayMana tempat paling sesuai simpan kunci pendua kereta? Kalau- kalau kunci kereta hilang, kunci rumah akan hilang jugak. Aku memang letak kunci rumah dan kereta satu jambak. Simpan kat rumah? Bawa kemana saja dalam beg? Eh kejap. Mana aku letak kunci pendua kereta??
@#$%

Saturday, May 7

Cerita harini dan semalam

Awak
Awak nak tau tak harini ari ahad jadi kompem2 la semalam sabtu kan wak? Saya memang sengaja nak jelaskan nama hari untuk awak. Awak kan dah lupa-lupa ingat pasal hari sekarang. Btw saya nak bagitau kat awak tentang aktiviti hujung minggu saya. Bermula jumaat malam saya keluar pergi pasar malam dengan roomate saya. Kitorang nak cari dvd cetak rompak kat sana. Senjakala. Harus ke saya tengok cerita Melayu Seram ni? Tak. Saya hanya ikutkan teman sebilik punya nafsu sahaja. Dia cuma nak tenung Zahiril Adzim. Lepas layan saya lelap. Niat saya nak tunggu awak dah terkubur. Walaupun dalam hati saya sentiasa berharap tapi inilah yang sentiasa berlaku. Tidur. 

Pagi Sabtu yang tak berapa nak pagi sangat dah. Saya tersedar bila terdengar satu bunyi macam bunyi ringtone handphone. Awak tau tak, bunyi tu sangat merisaukan. Saya aware sangat ianya bukan datang dari handphone pemberian awak tu. Tapi bunyi handphone orang yang baring sebelah saya ni. Satu bunyi yang merisaukan disusuli bunyi ringtone. Saya risau. Saya tahu itu isyarat bunyi panggilan video. Tetiba saya rasa dengki sangat awak. Tapi ada suara bajet bagus (BB) mana ntah bisik tepi saya. "Jangan nak bandingkan sangat dengan orang lain. Takde apalah. Rileks sudah." Tapi dia tiap-tiap hari pakwe dia call tau tak. "Takpayah nak banding orang cakap!" Masa tu, benci saya pada suara BB meluat amat. ShaddapUU!! Apesal U asyik nak menangkan dia? Apesal U suka sangat nak back up dia? Hish. Dia tak kesah langsung la pasal U. U je terhegeh-hegeh tak hingat. Please la babe.

Saya malas nak bertekak buang masa dengan beliau. Saya buat-buat rajin pergi dapur masak nasi untuk makan tengahari. Saya tak merancang apa-apa harini. Saya tak keluar rumah. Makan mengadap tb kemudian tidur. Saya tak sentuh sebarang kerjaan pon. Otak dari masa ke masa menayangkan perkataan "post-pone" aka KEJAP. Saya layankan aje. Sumpah satu kerjaan saya tak sentuh. 

Sedar-sedar langit dah gelap. Pesanan mesej saya tak pernah berbalas. Suara BB menyebok sakan. "Tak kesahla balas ke tak. Biar la dia. Dah kata tak nak terhegeh-hegeh. Buat diam sudah." U yang patot diam ok! Dammit kau BB. Malamnya saya berusaha lagi sekali. Walau pada permulaan sangat tidak memberangsangkan, saya tetap cuba lagi dan lagi. Perghh awak. Awak ni memang tegar kan. Susah bagai bagi awak nak tekan butang hijau atas nama saya. Serious saya sendiri tak suka buat benda bodoh macam ni. Serious saya tak suka membebel mengumpat awak kat sini. Ntah apa pekdahnya pon saya langsung tak pasti. Semoga awak dapat merasai apa yang saya rasa. 

Suara BB "Kecohlah lu minah. Lu sendiri yang nak timbul-timbulkan rasa terhegeh-hegeh la, terabai la, terhape-hape jelah. Lepas tu lu nak salahkan dia pulak. Lu ingat lu minah hot ke nak kena attention sepanjang masa? Derr..rimas ok" 

Bodoh. Go to hell la kau BB.

I hope there's no girl waiting for you out there


Wednesday, May 4

Putar banyak kali umpama "hamek kau padan muka!"

Lagu karaoke mana paling selalu orang nyanyi? Jawab jawab! Yang biasa pergi karaoke mesti boleh sebut satu- satu. Yang bajet suara best ada iras penyanyi asal tu mesti boleh buat senarai panjang. Koman- koman sepuluh lagu la. Malam ni aku belasah dengar tiga lagu yang aku selalu di-dengar-karaoke-kan. Encik hatimanes dah sombong dah dengan aku sekarang. Mentang- mentang la kan. Mentang- mentang la suara dia konon sedap. Mentang- mentang la dah merdeka. Mentang tak mentang, lagu-lagu ni aku putar sampai pengsan.
  • Lamunan Terhenti
  • Kejoraku Bersatu
  • Bourgenvilla
Apalah aku legap otak sangat bila buat kerja excel nih. Rupanya dah di-set-kan gred untuk setiap markah. Tunggu nak key-in markah je. Apesal lah aku tak perasan dari awal bende alah copy-paste ni. Punyalah susah nak tekan Ctrl A Ctrl C. 

Haihhhhhhhhh. Bengang betol.

Sunday, May 1

Dah kata dah

Sekali kau buat payah dah nak undur balik
Ni bukan perahu
Ni bukan basikal
Kereta pun bukan
Jangan harap kau boleh nak reverse gostan segala

Aku dah kata dah kan
Kalau nak si hati senang
Jangan ikut sangat cakap dia
Dia tahu cakap je apa dia nak
Yang buatnya kau
Yang hadapnya kau
Tapi akhirnya dua-dua terpaksa telan pahit
Kalau kau tak buat, kau dengan si hati
Dua- dua sama senang kot
Walaupun dia hati, tapi tak semestinya
Semua kata dia kau kena ikut
Kan?

Sekarang rasakan.....
Sang sesal pun taknak teman kau lah

tapi si hati dan aku ni bukan satu ke?

Saturday, April 16

we are alone

in this world, nothing can be with you
in this world, you have no one but you
you are alone, we are alone
sure you have them
sure we all got some of them
families, friends and love one
they were there
but sometimes they don't
and thats the time you're alone
is it?

stop the blabbering!

maksud sebenar: KITA ADALAH SENDIRIAN
apabila kita bersendirian. Faham?

dalam satu-satu hari, sampai ke hari ni,
bila masa nya kita tak pernah bersendirian?
tiap-tiap hari mesti ada kita bersendirian
tapi aku bukan nak cakap pasal "privacy" jenis tu
bukan nak cakap hal urusan dalam tandas ke ape
tapi perihal perasaan keseorangan.
Alone di sini bukan kesepian atau kesunyian
jadi, sekali lagi aku ulang, perasaan keseorangan yea.

Walaupun kita berada tengah ramai makhluk
Walaupun khalayak tu kita kenal belaka tapi
tetap rasa keseorangan. Sedih macam kita tak punya siapa- siapa
KENAPA?

bagi aku, setiap kali kita membuat keputusan, kita adalah seorang
dalam hidup, membuat keputusan merupakan proses paling kerap terjadi
nak bangun pukul berapa kita kena buat keputusan
nak mandi bila kita kena tentukan
nak makan apa kita kena pilih
nak berak, err...

apapun setiap keputusan dibuat daripada dua pilihan
sebab ada pilihan lah kita terpaksa putuskan yang mana baik
sebab bila kena buat keputusan, kita sendiri yang kena fikir
sebab tu tanggungjawab sendiri.
sebab ada tanggungjawab sendirilah kita jadi sensorang
ok dah-dah. banyak sangat sebab nih.

makanya, bila semua nak sendiri fikir, sendiri buat keputusan
otak yang lembab akan menghasilkan keputusan yang tak berapa best
kira memang takkan best langsung la sebenarnya
sebab kenkadang keputusan yang kecil boleh buat sesuatu jadi besar
tapi apa yang penting? Ya kita kena reda dan pasrah dan usaha lagi
hati yang sedih tak boleh nak cakap apa dah la
tadah je.

Aku
Aku tak suka sendiri
Aku tak reti
Aku tak mampu sendiri
Sekurang-kurangnya ada teman
Aku masih boleh gagah

Aku minta hati yang kuat
Ntah apa aku bebel pun aku tak pasti
=.=''


Friday, March 25

who do you think you are

Hari ini saya ke tempat kerja selama sejam setengah. Selesai. Saya teruja mengenai sesuatu tapi saya tak pasti. Kemudian saya melilau mencari sesuatu yang tak pasti itu. Saya mulakan pencarian saya tetapi selepas sembilan puluh minit, saya menemui jalan buntu kerana sumber pencarian saya tidak kelihatan walau secubit pun. Saya melilau lagi. Ke sana ke sini meneruskan pencarian. Kemudian saya sedar kerjaan ini seperti orang kebodohan. Saya membawa diri. Hati berharap namun otak dah berkarat. Pencarian terhenti.

Saya pulang ke pangku katil. Lelap. Saya terjaga. Teringat pencarian awal pagi tadi. Saya sedih. Saya cuba lagi mencari. Berharap ada sesuatu yang dapat menenangkan hati. Sepi. Saya menunaikan kewajipan tengah hari. Memujuk perut yang tak henti merungut. Hujan di luar juga mungkin takkan berhenti. 

Saya tamatkan harapan ini.

Who do you think you are. Quote from Jar of Heart by Christina Perri.
Videoclip  dramatik habes. 

Sekian.

Tuesday, March 22

Adoila...


Alamak aih..

Dalam banyak benda yang nak rosak sejak dua menjak ni, pendrive yang bnyk isi ni jugak yg kena. Adoyai...

Baru je sapu beberapa isi penting daripada KakYana aritu. Dah la agak berguna jugak isi tu walaupun seco'et je. Apa isi nye? Adalah sikit tips- tips berkaitan persediaan untuk masa akan datang. Persiapan ape? Adalah. Sebok je die.

Paling sedih gambar berkepok dalam tu. 4gigabyte kot. Benci ah

Monday, March 21

Macam air mengalir

Terasa shocked!

. . . . . . . . . . . .

Ececeh
Pura-pura terkejut pulak kan. Shocked la sangat. Padahal diri sendiri yang boros. Yes. BOROS!
Siapa yang salah? isk isk isk...apa yang kau dah belanja duit beribu segala? Satu gajet pon tak beli. Berangan jela lebih kan. Part yang last lagi tak tahan. Apa? Simpan biar berkepok eh? Haktuih~

Beberapa kepal je aku saving dalam Tabung Haji dan Akaun ASB. Entah bila lagi nak kena sambung perihal saving ni. Katanya mama, suruh kerani cut gaji terus ke akaun bank. Jadi nak tak nak kena setel kan jugak hal ni nanti. Tapi nanti tu maksudnya nanti sangat-sangat lah. Hehe. Apa yang penting, duit memang semakin kurang amat tapi output nye memang sedikit. Sedikit sangat keh? Erm. Ok la kot. Baju beberapa helai. Seluar beberapa helai. Handbag satu je. Kasut dua kot. Spek baru satu. Lens biasa je yang memang topup tiap- tiap bulan. Makan sana sini situ. Bayar bil sana sini. Broadband yang tak berape best kot. Bagi ibu ayah adik kakak. Perghh. Habis cenggitu je. Orang len siap boleh beli notebook. Siap tukar itu tukar ini. Takdela saje je. Diorang beli notebook dowh. Best- best. Tapi ada jugak yang merajuk. Hurmm.

Yang pasti nye di sini. Aku agak bengang dengan tuan tanah rumah sewa. Masuk nih dah dua bulan dia tak hiraukan langsung maintenance rumah neh. Terase hangin betol. Udah le lampu makin banyak hangus terbakar takleh hidop. Dunia gelap separuh terang separuh. Ape cite? Dah tu pulak tag nak masok parking tak boleh nak flash. Tak pasal-pasal kena sound dengan pakguard rock kapak tuh. "Tepon tuan rumah dik. Tak bayar surcaj neh" Huishhh. Panasssssss

Lepas dah shocked, dah hangin, terase fade up pulak. Nak cari rumah baru keh? Hadoii. Memang cari hal betol la. Duet lagi yang nak mengalir kan. Grrr....

Kalau cuti tanpa gaji pegi KOrea memang plan tu sangat excellent. Hahaha :P

Friday, February 25

Nak beli gajet baru

Nak bagitau duet gaji untuk tiga bulan dah  Ehem. I nak beli gajet baru. Huahuahua. 
And the nominees are:
  • Canon eos550D
  • Niko Coolpix P500
  • iPhone4 plan dari Digi
  • Simpan biar berkepuk
Janganlah dikau mencurah duet gaji merata. Sesungguhnya beli kamera dslr adalah yang terbaik.

Wednesday, February 23

Banyak bende kena buat

Penat gile...rase nak maki-maki je...

Tuesday, February 15

Hah! Ape?

Cakap tak serupa bikin. Aku gerenti semua orang paham sangat pepatah ni. Kalau yang tak reti, maksud "cakap tak serupa bikin" ialah ko cakap A buat B. Mula-mula cakap lain lepas tu buat lain. Pepatah yang hampeh ni cenderung dilemparkan pada si pemungkir janji. Ya janji. Benda yang dicakapkan akan dianggap sebagai sebuah janji. Yang paling hampeh, janji ini dicadangkan sendiri oleh si pemungkir janji ni. Contoh nya korang cakap dengan housemate. "Kalau ko nak cendol manis yang jual kat kedai yang jauh gila tu aku boleh buatkan esok. Senang je" Ataupun cakap dengan mak korang "Mak, nanti kalau mak bagi saya kereta honda civic v-tec series yang mahal tu, saya akan bawa mak pergi jenjalan kat Bali". Cakap je beria segala tapi cakap jela kan. Bila tiba masa korang takkan buat pon sebenanye. Lepas tu mula la buat-buat tak reti. Tak pon buat-buat tak ingat. Buat-buat muka sebal. Buat- buat bangang.


Friday, February 4

So sad

The game ended. I can never play his role. Just how mean he is to be able to do it without any concern.

Thursday, February 3

Lets Started A Game

Yup. I already started a game. Simple nice one. I named it as "I am you. You are me". From the name you can already guess how it work. You can play my role and I'll play yours. Basically I can play by myself as long as I play your role very well. Then you'll met yourself. For example, I play your role by not replying any of your text messages until you call me. Or I only answer your call when I notice your call. Not returning your call whenever I got any miscalls. So, the GOAL is to make sure your reactions to those actions is the same way I did (got worried and feel ignored) which was before we play this game. But I don't think you'll play my role any well. But, but if you want to, you can actually play my role. Here's the clue. Try to call me at least one call per day. Pretty much easy right? Good luck.

Wednesday, February 2

Demam

Yesterday's flu was sucks. Today its turn to be a fever. I can't barely talk. My voices can't reach the normal tone. But we talked last night. I like when we talk. He makes me feel alive again. Now I remember why he owned me. Thats just because he knows me well. Well enough to know whether its a normal flu or a cry that he heard last night. At least thats what I think. Beauty of love. Just a small thing that makes me smile. Sometimes I realize how he wants to limit pampering me. I don't want to know why. Fullstop.

By the way, I had this anonymous number being calling me last night and this morning and even now. Its a HE. First three miscalls. Then I pick up without saying a word, I heard he wants to talk to Taufek. After hang up he called again and again which is very annoying so I sent a text saying "WRONG NUMBER". Yeah what part you don't understand from those two words? Then he reply claiming his name and I should have know him. Well hello no I don't know you and I'm not Taufek okay. After a while, here come more miscalls. Again and again. Until I received a text message stating my name. WTF? I don't want to know how come he know my name. I never knew guy named like him. Of course this makes me unsecured. So until this evening he kept calling. For the second and last time I pick up and said stop this and by then he admit that we don't know each other so he just want to be friend. And and, after I blabbering, he then admit he got my number from his friend named Syafiq. Hadoi, thats my brother okay. WTH. Bebudak zaman sekarang. Then he's sorry and after few minutes he start dialing my number again. Bodoh punya budak. Nasib baik aku demam. Memang nak makan penyepak la.

Tuesday, February 1

Cause you're the apple to my pie

You never know how you make me feel
Each time I'll be with you
Each time you came back to me
I wish the time stops.

You're the apple to my pie
Never be perfect without you
You're the apple to my pie
Never had a taste without you
You're the apple to my pie
Didn't even exist without you

You're my apple pie.
My smoke to high.
I know I love you right.
Till the day I die.

when everything became a routine

There's a lot to say. There's a lot to dream. But I only waiting here alone. Wishing you'll start giving your damn attentions for me. Times that passing by pull things away from us. I wonder whether you realize this. I myself, dragging to the ocean of sensitivity where I couldn't be less cares by you for even a half day. I prone to feel a slight ignorance from you than any of your caring acts. Yes. I'd highlight the ignorance more than the caress. Was I ungrateful? Probably the answer is yes. Could it be more wrong? I'm just a woman who needs caress and attentions from the one I want more than anything. Don't you understand? I am much more liking you staring at me and notice to mention the difference I did before we meet rather than finish up our date as a routine and going back feels missing you again. And then, "Tertido" was the best excuses can be made for not answering the phone or reply any text messages. I hate it when you never reply my text. The fact that you hardly returns my call, it hurt so much. Why do I kept feeling this way? Why do I have press all these in my head? I should just make myself free. But I cant. You owned me. Thats just the reasons you keeping this game with me. Fun isn't? Funnier maybe. I bet you never had all these cross your mind.

Monday, January 31

New! New! New!

Dah macam slogan jualan kan? Sebenarnya aku macam bosan dengan blog. Tiap kali sign in nak post entry, tak pernah nak berjaya. Seketul entry je mampu aku post. Aku ingat aku malas dah nak berblog ni. Sebab aku pon tak reti sangat nak meluahkan segala hape yang dalam hati aku ni kat sini. Rasa macam nak maki banyak-banyak je. Lepas tu dah. Setel. Jadi kesimpulan kepada tajuk dia atas adalah, aku nak mula fikirkan cara baru untuk meluahkan ketidakpuasan neh. Macam haram jugak nak pendam lame-lame. Lagi satu, aku tak nak beria sangat dengan segala hal. Aku nak buat gaya seat back and rileks. Ha, happy new year. Bye

Thursday, January 27

emptiness here

Can you feel it?

Friday, January 14

worth trying

Sometimes we have to try doing something we're afraid of. Like risking our trust to someone we think we know them well enough and put a little faith to that. Trust is one hard thing to earn. You can't just hand it over like giving candies to kids for no reasons. That one kid should have done a good thing to be given some candies. But that wasn't really tough for me. I easily give trust to anyone so I end up losing it. The more I gave, the more I'll suffered. Devastating. But one thing I noticed. No matter how much I faced the same lesson, I never learned. Even to the same cased, I couldn't stop myself. Next day I wake up, my heart couldn't stop my teardrops. Feels like the space inside is larger than yesterday.