Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 25

who do you think you are

Hari ini saya ke tempat kerja selama sejam setengah. Selesai. Saya teruja mengenai sesuatu tapi saya tak pasti. Kemudian saya melilau mencari sesuatu yang tak pasti itu. Saya mulakan pencarian saya tetapi selepas sembilan puluh minit, saya menemui jalan buntu kerana sumber pencarian saya tidak kelihatan walau secubit pun. Saya melilau lagi. Ke sana ke sini meneruskan pencarian. Kemudian saya sedar kerjaan ini seperti orang kebodohan. Saya membawa diri. Hati berharap namun otak dah berkarat. Pencarian terhenti.

Saya pulang ke pangku katil. Lelap. Saya terjaga. Teringat pencarian awal pagi tadi. Saya sedih. Saya cuba lagi mencari. Berharap ada sesuatu yang dapat menenangkan hati. Sepi. Saya menunaikan kewajipan tengah hari. Memujuk perut yang tak henti merungut. Hujan di luar juga mungkin takkan berhenti. 

Saya tamatkan harapan ini.

Who do you think you are. Quote from Jar of Heart by Christina Perri.
Videoclip  dramatik habes. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment