Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23

Liang ke! liang ke!

Meaning: Berdua! Berdua!

Harini bebudak persatuan Sains pergi lawatan di IPharm.
Majlis perasmian Kompleks Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia
Amacam? Gempak tak bunyi dia?

By the way, as usual bahagian kata-kata aluan sangatlah lama
Bebudak ni panggil ceramah.
"Teacher, this ceramah is so boring"
"What ceramah?"
"This ceramah lo. Talking so long nobody listen"
Haha memang pon. Tapi aku buat-buat muka serious jela.
Bermula la aktiviti bebudak ni seperti biasa
"Teacher, may I go to toilet?"
Senang aku cakap "2 at a time!!"
"Hah?" Zheng Da translate kan. "Liang ke! Liang ke!"
OK aku paham sikit2, berdua maksudnya.

So, sepanjang 'ceramah' kitorang asyik usha bau makanan
Jin Kee pandang-pandang aku sambil bisik
"Teacher, I can smell gulai." Dengan muka bahagia sengih-sengih
Tak sabar nak makan la tu. Aku pun ada smell-smell jugak
Macam bau udang bakar. Perghh terliur.

Lepas dah setel potong reben rasmi, semua tetamu kehormat dijemput melawat bahagian dalam bangunan baru Kompleks Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia. Then, aku dengar para hadirin dijemput menjamu selera. EH, makan dulu ke? Apa lagi, melantak la kitorang. Baru aku tahu bebudak ni layan jugak makan gulai. Serumpun sangat kita seMalaysia rupanya. Berpatriotik kejap. Tapi diorang neh setiap masa pergi topup makanan. Mentang lah makan stail bufet. Eh eh eh. Pulun beratur semuanye. Menjamu saje dah 25minit. Aku tak bagi topup makan dah tapi diorang pandai datang sua ais kacang depan aku. Memang tak boleh tolak sebab aku nak amek jugak tadi tapi malas nak beratur. Hehe. Dah2 tak boleh terpedaya lebih sangat. Dah 4.45 baru gerak masuk dalam tengok pameran. Jalan atas karpet merah semua pakat teruja. Macam VIP. Sayangnya keluasan pameran tidak seperti yang disangka. Sangat kecil dan hanya ada lapan booth je and hanya beberapa booth sahaja yang bagi layanan baik. Agak terkilan saat itu.

Anyway, 15minit kemudian bas dah sampai kat luar kompleks. Kesian kitorang takde kamera. Aku punya handphone pulak bateri lemah. Sempat 2,3 gambar je. Lagi sekali bebudak mintak nak melantak. Eh eh perut tong eh? Balik sekolah semula jam 5.15 sampai pagar dah kunci dan pakgard pon hilang. Hampeh kena jalan masok ikot Gate A. Sekian laporan Lawatan Sambil Belajar Persatuan Sains SMJK (C) dot dot dot. :D

No comments:

Post a Comment