Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 7

Cerita harini dan semalam

Awak
Awak nak tau tak harini ari ahad jadi kompem2 la semalam sabtu kan wak? Saya memang sengaja nak jelaskan nama hari untuk awak. Awak kan dah lupa-lupa ingat pasal hari sekarang. Btw saya nak bagitau kat awak tentang aktiviti hujung minggu saya. Bermula jumaat malam saya keluar pergi pasar malam dengan roomate saya. Kitorang nak cari dvd cetak rompak kat sana. Senjakala. Harus ke saya tengok cerita Melayu Seram ni? Tak. Saya hanya ikutkan teman sebilik punya nafsu sahaja. Dia cuma nak tenung Zahiril Adzim. Lepas layan saya lelap. Niat saya nak tunggu awak dah terkubur. Walaupun dalam hati saya sentiasa berharap tapi inilah yang sentiasa berlaku. Tidur. 

Pagi Sabtu yang tak berapa nak pagi sangat dah. Saya tersedar bila terdengar satu bunyi macam bunyi ringtone handphone. Awak tau tak, bunyi tu sangat merisaukan. Saya aware sangat ianya bukan datang dari handphone pemberian awak tu. Tapi bunyi handphone orang yang baring sebelah saya ni. Satu bunyi yang merisaukan disusuli bunyi ringtone. Saya risau. Saya tahu itu isyarat bunyi panggilan video. Tetiba saya rasa dengki sangat awak. Tapi ada suara bajet bagus (BB) mana ntah bisik tepi saya. "Jangan nak bandingkan sangat dengan orang lain. Takde apalah. Rileks sudah." Tapi dia tiap-tiap hari pakwe dia call tau tak. "Takpayah nak banding orang cakap!" Masa tu, benci saya pada suara BB meluat amat. ShaddapUU!! Apesal U asyik nak menangkan dia? Apesal U suka sangat nak back up dia? Hish. Dia tak kesah langsung la pasal U. U je terhegeh-hegeh tak hingat. Please la babe.

Saya malas nak bertekak buang masa dengan beliau. Saya buat-buat rajin pergi dapur masak nasi untuk makan tengahari. Saya tak merancang apa-apa harini. Saya tak keluar rumah. Makan mengadap tb kemudian tidur. Saya tak sentuh sebarang kerjaan pon. Otak dari masa ke masa menayangkan perkataan "post-pone" aka KEJAP. Saya layankan aje. Sumpah satu kerjaan saya tak sentuh. 

Sedar-sedar langit dah gelap. Pesanan mesej saya tak pernah berbalas. Suara BB menyebok sakan. "Tak kesahla balas ke tak. Biar la dia. Dah kata tak nak terhegeh-hegeh. Buat diam sudah." U yang patot diam ok! Dammit kau BB. Malamnya saya berusaha lagi sekali. Walau pada permulaan sangat tidak memberangsangkan, saya tetap cuba lagi dan lagi. Perghh awak. Awak ni memang tegar kan. Susah bagai bagi awak nak tekan butang hijau atas nama saya. Serious saya sendiri tak suka buat benda bodoh macam ni. Serious saya tak suka membebel mengumpat awak kat sini. Ntah apa pekdahnya pon saya langsung tak pasti. Semoga awak dapat merasai apa yang saya rasa. 

Suara BB "Kecohlah lu minah. Lu sendiri yang nak timbul-timbulkan rasa terhegeh-hegeh la, terabai la, terhape-hape jelah. Lepas tu lu nak salahkan dia pulak. Lu ingat lu minah hot ke nak kena attention sepanjang masa? Derr..rimas ok" 

Bodoh. Go to hell la kau BB.

No comments:

Post a Comment