Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 24

+ Sayang Papa ^___^

Harini kita menaip lebih dari satu entry yea murid-murid. Selepas bercerita hal kebosanan, mari kita cerita hal berangan. Eh, takdelah berangan sangat. Sebab macam dah jadi kenyataan dah pon. (lalala..) Gambar di atas adalah telefon yang biasa-biasa digunapakai oleh mak-mak dan pakcik-pakcik di rumah mahupun pejabat. Perkhidmatan talian. Sewaktu zaman persekolahan, saya tak pernah dibekalkan talipon bimbit. Pertama kali saya guna telefon selain daripada telefon rumah biasa ialah sewaktu tingkatan 3, iaitu hak milik kekal ayahanda saya. Beliau punya nombor talipon bimbit berkenaan adalah 010-**09*65 ya. A'ah memang 010 starting nye. Tidak diketahui talian alien mana dan yang pasti bukan Celcom, Maxis, Digi, U-mobile mahupun I-Talk. Seperti kita sedia maklum, ada segala bagai jenis dan saiz talipon bimbit dan rupa talipon bimbit pertama yg ku kenali ini adalah gedabak. Siapa-siapa yang tak pernah tengok secara live memang rugi. Hahaha. Ok tak rugi sangat pon senanye. Sebab wlaupun takpernah ada niat nak beli, kompem2 semua pernah tilik, tatap dan tenung botol air bentuk telefon bimbit tu kat kedai. Kan?

Sebijik seketul macam neh

Betol tak tipu. Cuma gambar hanjing kat screen tu sah-sah la tipu kan. Dia punya kebolehan setakat macam screen calculator je. Okay sambung. Asal beliau balik rumah je, sayalah tukang operator. Sebok je nak jawab talipon bimbit gedabak neh. Hahaha. Kalau terlepas dari tangan hempap kaki, sumpah sakit nak menangis. Tapi tak jadi nak nanges sebab nanti kene tanya pulak kenapa. Dah jawab nanti kene tibai tak pasal-pasal. Sukahati je maen terlepas-terlepas handpon. Handpon ok. Mahal kot time tuh. Err..

Lepas dah habes skolah, saya masok program matrikulasi aliran hayat. Ramai dok heran pasai apalah saya aliran sains hayat. Oih, padan ape? I pon ayu dan lemah lembut ok. Ya, takde kaitan pon dgn talipon bimbit. Tapi saya diberi sebuah handphone waktu nih la. Meng-gedik habes. Then, lepas dah tengok orang len punya handphone lagi canggih, I gedik separuh jalan je. Segen nak gedik sampai habes. So inilah rupa handphone yang tak berapa nak bergedik sangat.

Pakai handphone ni sampai masok universiti. Adalah sampai 2tahun lebih. Masa dah second year tukar yang baru. Beli pakai duit PTPTN. Hee.. Pon brand Nokia jugak. Tapi yang ni beli sendiri you. Tapi tak jugak, sebab pegi beli dengan Bonet a.k.a Ain. Hehehe
Aku suka handphone ni.

Eh, saya suka talipon bimbit ni. Shomel je ala kepunyaan si gi-girl habes. (ape aku merepek ni) Functions boleh tahan la sebab masa tu saya hanya tahu helo-helo, text msg, layan lagu and snap-snap gambar je. Itupon tak berapa nak pakar. So kira agak sukalah pertama kali ada handphone boleh snap-snap gambar a.k.a "camwhoring" (no idea mana dtg word neh)

Malangnya naseb dia tak lama. Dalam setahun dua dah mula buat pe'el. Sound hilang lah. Speaker rosak lah. Alih-alih boleh texting je. Pastu gagal terima isyarat pulak. Maksudnya memang dah punah dala. Ape guna talipon bimbit kalau takleh terima isyarat kan? Heh. Dengan itu, lahirlah Sony Ericsson w580i. Wow..ada function mp3 tau nyah. Hehe. I like this one jugak. Megapixel untuk snap-snap pon boleh tahan. Tapi paling best layan lagu la.

Seriously sayang amat handphone ni. Last-last rosak jugak. Tahap rosaknya agak melampau sebab walaupun screen je black out, tapi kaitannya banyak. Call in call out boleh. Hantar mesej terima mesej boleh. Dengar lagu mp3 pon boleh. Cumanya kena tahu mana nak tekan. Call masok jawab je sebab tak nampak siapa yang call. Mesej kompem-kompem takleh nak baca. Miskol lagi lah. Nak cari contact numbers,haihhhh..Lingkup!

Naseb badan, rosaknya lagi sikit nak tamat pengajian. Lepas tu balik rumah takde handphone baru dah. Pakai je yang lame ntah siapa punya. Tak ingat pulak nama model nye jadi tak dapatlah nak google. Pastu rosak jugak sebab takleh bukak langsung. Asyik mati je baterinya. Pakai pulak nokia1100 adik tapi mic nye rosak. Kalau orang call, kita je dengar dia cakap. Dia tak dengar kita pon. Hehehe. Tapi kita suka dengar suara dia,tapi dia selalu marah-marah kita. Y_Y 

Namun begitu, dia baik hati hadiahkan kita talipon bimbit baru. Kita tak suspect ape pon mula-mula tu. Surprise habes. Kita suke. Hehehe. Kita gedik kan? Tak jugak. Sebab jumpe resit harganya. Hahahaha. But still, Terima kasih en.hatimanis. ^______^

No comments:

Post a Comment