Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 19

Depressed being compressed. Compressing depression!


Boleh bayangkan tahap kemurungan ayat di atas? Jika ya, TAHNIAH! Anda takde menang pape. 
Dua minggu lepas plat kereta aku kena kepak. Dammit lah. Ya memang salah aku sebab degil parking kat spot tuh. Spot penunggang motorsikal panjat pembahagi jalan. Spot yang merbahaya sebab diorang tetibe muncul dari ceruk tuh amat berjaya memeranjatkan pemandu laju. Lepas dah park aku sedar itu adalah spot diorang. Malang nya aku salah bertawakal. Ada si polan mana ntah yang sangat kurang adab melipat plat belakang jadi macam kueh karipap. Naseb baik lah takde polan yang nak jadikan kereta aku kek dihias aising spray macam-macam tulisan. Mau menangis dua hari sebulan.
Semalam dan kelmarin asyik pinjam duet rumet. Ape cite ntah ATM asyik jerit-jerit takmau terima kad. Aku pun asyik makan benda tula. Asyik asyik amat. Lepas mengadu kat akak kaunter yang lama amat nak siapkan kad, dia bagi kad baru. Kaler biru. Siap ada nama, i-debit. Apebenda dia explain aku tak fokus sebab nak cepat. Terima kasih kak. 
Harini dah boleh relaks. Semua tasks setel. Beria lepas sekolah pergi cari tiket Pirates Carribean. Seat kedua dari depan skrin siapa yang nak? Buat penat je. Dah pesan banyak kali dah jangan nak beria sangat dalam semua hal! Degil....
Seterusnya cerita rumah sewa. Payah juga menyewa ni sebenanya. Tuan rumah tak wayar tunggakan, penyewa pulak yang kena hadap. Cepat- cepatlah selesaikan bil sebelum lagi parah.
Lagi cuti dibekukan. Kena tunggu lima hari baru boleh bertolak balik negeri kelahiran. Baki cuti 10hari daripada 15 hari. NEXT....
Question for todayMana tempat paling sesuai simpan kunci pendua kereta? Kalau- kalau kunci kereta hilang, kunci rumah akan hilang jugak. Aku memang letak kunci rumah dan kereta satu jambak. Simpan kat rumah? Bawa kemana saja dalam beg? Eh kejap. Mana aku letak kunci pendua kereta??
@#$%

Saturday, May 7

Cerita harini dan semalam

Awak
Awak nak tau tak harini ari ahad jadi kompem2 la semalam sabtu kan wak? Saya memang sengaja nak jelaskan nama hari untuk awak. Awak kan dah lupa-lupa ingat pasal hari sekarang. Btw saya nak bagitau kat awak tentang aktiviti hujung minggu saya. Bermula jumaat malam saya keluar pergi pasar malam dengan roomate saya. Kitorang nak cari dvd cetak rompak kat sana. Senjakala. Harus ke saya tengok cerita Melayu Seram ni? Tak. Saya hanya ikutkan teman sebilik punya nafsu sahaja. Dia cuma nak tenung Zahiril Adzim. Lepas layan saya lelap. Niat saya nak tunggu awak dah terkubur. Walaupun dalam hati saya sentiasa berharap tapi inilah yang sentiasa berlaku. Tidur. 

Pagi Sabtu yang tak berapa nak pagi sangat dah. Saya tersedar bila terdengar satu bunyi macam bunyi ringtone handphone. Awak tau tak, bunyi tu sangat merisaukan. Saya aware sangat ianya bukan datang dari handphone pemberian awak tu. Tapi bunyi handphone orang yang baring sebelah saya ni. Satu bunyi yang merisaukan disusuli bunyi ringtone. Saya risau. Saya tahu itu isyarat bunyi panggilan video. Tetiba saya rasa dengki sangat awak. Tapi ada suara bajet bagus (BB) mana ntah bisik tepi saya. "Jangan nak bandingkan sangat dengan orang lain. Takde apalah. Rileks sudah." Tapi dia tiap-tiap hari pakwe dia call tau tak. "Takpayah nak banding orang cakap!" Masa tu, benci saya pada suara BB meluat amat. ShaddapUU!! Apesal U asyik nak menangkan dia? Apesal U suka sangat nak back up dia? Hish. Dia tak kesah langsung la pasal U. U je terhegeh-hegeh tak hingat. Please la babe.

Saya malas nak bertekak buang masa dengan beliau. Saya buat-buat rajin pergi dapur masak nasi untuk makan tengahari. Saya tak merancang apa-apa harini. Saya tak keluar rumah. Makan mengadap tb kemudian tidur. Saya tak sentuh sebarang kerjaan pon. Otak dari masa ke masa menayangkan perkataan "post-pone" aka KEJAP. Saya layankan aje. Sumpah satu kerjaan saya tak sentuh. 

Sedar-sedar langit dah gelap. Pesanan mesej saya tak pernah berbalas. Suara BB menyebok sakan. "Tak kesahla balas ke tak. Biar la dia. Dah kata tak nak terhegeh-hegeh. Buat diam sudah." U yang patot diam ok! Dammit kau BB. Malamnya saya berusaha lagi sekali. Walau pada permulaan sangat tidak memberangsangkan, saya tetap cuba lagi dan lagi. Perghh awak. Awak ni memang tegar kan. Susah bagai bagi awak nak tekan butang hijau atas nama saya. Serious saya sendiri tak suka buat benda bodoh macam ni. Serious saya tak suka membebel mengumpat awak kat sini. Ntah apa pekdahnya pon saya langsung tak pasti. Semoga awak dapat merasai apa yang saya rasa. 

Suara BB "Kecohlah lu minah. Lu sendiri yang nak timbul-timbulkan rasa terhegeh-hegeh la, terabai la, terhape-hape jelah. Lepas tu lu nak salahkan dia pulak. Lu ingat lu minah hot ke nak kena attention sepanjang masa? Derr..rimas ok" 

Bodoh. Go to hell la kau BB.

I hope there's no girl waiting for you out there