Saya macam dah lupakan awak pulak.
Dah lama sangat saya tak tegur awak kan?
Saya mitak maaf ye awak.
Selalunya saya tak macam ni.
Saya akan ceritakan semua kat awak.
Tapi kali ni saya tak ingat langsung pasal awak.
Ada sebab kenapa jadi macam ni
Bukan saya nak bagi alasan semata-mata
Tapi wak...
Saya beria sangat buat persediaan Aidilfitri.
Awak sabar jela yea. Awak buat seat back and relax je.
Saya yakin betul awak tak sambut raya, tak bancuh doh biskut.
Tapi awak jangan risau sangat eh?
Esok luse tulat nanti saya cerita semua kat awak.
Termasok cerita saya tak tidur pada malam raya.
Selamat hari raya kelima, blog shedonttalk.
Kesian awak takboleh cakap.
PS: Saya normal.
Keeping Warm
6 years ago
No comments:
Post a Comment