Berakhirnya siri jenjalan. KB-KL-Raub-KB. Masok hari ketiga kat rumah baru bole mengh-update kau. Sebab aku dah kembali ke lubuk ni, maka kau akan ku isi sebuah entry yang memboringkan. Terimalah.
Hari Bertolak ke KL
Serious.pagi ni la baru nak kecoh kemas segale dan jumlah penumpang muatan proton wira itu hanya 4 termasok pemandu. Jam dah 835am baru tayar kete gerak. Sepanjang kete gerak, aku sbg co-pilot tak berape berani nak lena panjang. Setakat tidur-tidur baby je. Sekejap-sekejap tejage macam baby-tido-takbole-dengar-bunyi-bersin pun. Satu hal nye sebab driver punya prangai pantang bwk pelan2. Boleh tesengguk mengantok. So,speed harus atas 90km sejam dan tak kuasa layan bontot kete yang speed kurang daripada tu. Macam-macam perkataan kua nanti. Alhamdullilah selamat sampai Bandar Sri Damansara. Takde ape yang pelik, panic atau annoying terjadi sepanjang perjalanan.
Malam Pertama di KL
Penat bagai takreti nak cakap. Baring je memanjang walaupun atas tikar je. Dah maghrib baru mandi. Memula kate nak tgk wayang tapi dah semua berlingkar gaya macam tenggiling last-last kuar isi perot sudah. Makan kat gerai sambil layan bola. Perghh, tak romantika langsung. Balik rumah layan cD cite Wall-E. Menusuk kalbu jugak cite ni. Padahal pakai sekor robot yang takde nak sebut sepatah haram pon kecuali name die. Wall-E...but moral of the story stil there. Sweet la jugak kire. And ends of the first day.
Hari Memusing KL
Ok, heading ni bohong se-mate. Kelentong dua-mate. Planning cancelled. Haishh. Kononnya nak pegi jenjalan-patah-lutut pusing KL. Naek tren pegi KL Sentral pastu makan stemboat kat sna. Then terjah pegi KLCC pastu tengok wayang lah apelah. Alih-alih tengok wayang je yang jadik kenyataan. Yang lain khayalan. Kesimpulannya, kitorang drive pegi Jusco Kepong tengok Karate Kid yang best masyuk tuh. Tapi seron jugak snanye. Pas tilik Jackie Chan pegi tilik foodcourt plak. Aku menggatal layan western food. Even mama tak bape approve aku stil tibai jugak. Berbaloi-baloi sedapnye. Heh heh heh. Pastu merealisasikan impian yaya nak try makan sushi. Hamek nak. Abes belas-belas ringgit aku. KOmen yaya just "erghh..mashamlah".
Hari Bosan di KL
Yes. This was the day which pillows are my mates. I dont know what others doing at that time but I was just texting myprecious and having fun with the pillows. Lunch time is also at home. Beli nasi bungkus macam orang bujang. Then hang out watching dvds again. I told u its BOSAN. We start packing that evening and roll to Raub that night. It was such regretable choice to seat at back of Storm. I prefer Pajero better. Damn Storm cracked my back for the whole 3hours!
Hari Kenduri di Raub
Sumpah aku tak penah menyibuk kat kenduri orang sehari semalam. Ini first time and its tiring. Semua part pasang khemah smua dah siap dah. Cuma tinggal bab masak-masak dan bunga telor and gift-gift segale tula. Mula-mula aku tolong belah telor masin. Untuk nasi kerabu pagi niha. Pastu aku susun-susun ape yang patot. Lepas breakfast nasi kerabu tu, aku lap-lap pinggan mangkuk. Keringkan lah kire. Tapi kaen lap macam tak profesional untuk digunapakai la. Nak cakap ape kan. Diam-wat-keje sudah. Sebenanya aku takdelah penat sangat pon sebab tak beria buat keje pon. Beria nengok sekeliling je and lastly before sesi makan-makan start, kitorang tebungkam je lam bilik. Tidor. Hahaha. Kitorang ni guests what? Tehee.. :D
Hari tu jugak Balik KB
Its balik time and nenek ikot kitorang balik. Ipah kene halau naek Storm. Sebab wira balik KB, Storm singgah Kuantan hantar beliau sekolah asrama semula. Padan muke. So nenek amek alih seat kosong tu. Stil penumpang 4 orang ye. Tapi pejalanan balik ni punya lah sekse. Aku tahu beliau ni suka banyak cakap. Setiap kali balik kampung mesti ada bende dicerite nye. Itu normal. Yang tak normal is talking non-stop in 8hours. Sepi hanya kedengaran tak sampai 5minit. And everything beside that were the talks. Masyallah. Tak sangka. Buah cempedak jadik nangka. Sedap kan? Aku tadah jela tinge tapi driver sumpah takleh fokus. Hilang konsentrasi. Kesian nenek kadang-kadang dibehentikan bercakap. Tapi beliau kebal. Each break only stand for 5minutes. Cayalah.
Hari tiba KB
Penat amat. Penghuni sekor yang tetinggal ni memang wat-taik-jadah-haram kat rumah. Bemaharajalela! Seluruh dinding lekat bau tembakau. Kuang Hasam! Aku benci letak kau kat rumah sorang2. Cepatlah berambus minggu depan. (Emo dgn adik sndiri). Sekian
No comments:
Post a Comment