Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 27

+ Whatcha say are beautiful

Ini bukan lagu Whatcha Say by Jason Derulo okeh. Ini bende saje-saje yang aku nak banggakan. Hehehe. Bukan ape. Biar aku crite beria sikit. Bila dah ber-kapel, mestilah ber-khayal. Tapi kalau tak ber-kapel pon boleh ber-khayal jugak. Persoalannya, ber-khayal pasal bende jadah nye kan? Haa..bende ni aku kompen gigit jari semua anak dara pon mesti ber-khayal punya. Toksah nak bohong taknak mengaku tak penah lah. Sebab sure semua ada ber-khayal nak bersanding. nghee..Bukan besanding kat dalam surau sebab terkantoi main cinta2 masa kat sekolah tuh. Ini bersanding REAL la babe. Bersanding yang lepas ijab kabul akad nikah oleh tok kadi yang sah kat masjid tuha. Amacam? Mengaku tak?Hehehe..Well, entry ni senanye nak cakap aku mengaku lah pasal hal ni. Itu je.Lalalala.. Yang buat ia semakin beautiful is,en.hatimanis bagi kebenaran bersanding macam dalam khayalan I. Yeaayy..luv u myprecious! ^_____^

p/s:volkswegan or minicooper..? o_O tehee..

+ No72 is OUTstanding! i love the colors :)

Master Bedroom

Wednesday, June 23

+ OST cinderella stepsister's story (layan part chorus je.Haha)



Even today, I wander after my memory
And I'm staying around at the end of this road
You're holding me tightly,
 eventhough I can't see you anymore

I'm losing my way again
That I miss you, that I want you embrace you again
I pray as I look to the sky

It has to be YOu
I can't do it without you
Like this, one day, one month
 or one more year
Its okay even if my heart is hurt
Because I love only you

I cant send you away a second time
I cant forget you and live on

It has to be you
I cant do it without you
Like this, one day, one month
or one more year

My injured heart is telling me to find you
Shouting where are you?
Dont you hear my voice?
To me, even if I live again
Even if I was reborn a thousand times
I cant live without you even for one day
I will protect this love
I will love this love
Because I'm only happy when I'm with you
I'm only happy if I love you

+ Does everyone get their karma equally to what they've done..?

Wujud tak persoalan di atas? Jwapan nya adalah ya. Sebab karma itu sendiri bermaksud balasan setimpal atas perbuatan sendiri. Normally bad things. Perbuatan yang jahat. Scary tak?Hahaha.. (gelak jahat.sick!)

Everybody did bad things. No denials. But not everyone had so many thoughts of the karma. I did. And that is my major problem. The situations were there and proven!

1. You are kind of popular at school (gile bajet nak mampos), and some boys are picking you. You slapped them at their faces without hesitation. And it were more than 5times. You never say sorry (zaman knak2 kne buli ok),and after it all past and you grow up, you got this eczema (google cpt kalau taktaw) for over 5years and the strange thing was, only your hand was infected. Defenitely the boy you slapped few years back who cursed you that. Oh Karma.

2. You always late for school. Late for assembly. Late for meetings. Late. Late. Late. Now that you teach, dont bother for excuses when your own students come late too. Its just the same excuses you used. Karma eh?

3. You did stupid-worse-regretable thing ever, (it wont be stated here). Now you worried this will do exactly the same to you or your beloved ones. Sad isnt it? the Karma.

But it still gonna happens if it written right? I just dont have to think too much of it. Sometimes its happen as a wake up call. To make you realise and rethink or regret about what have you done. I wish I realise it sooner.


Tuesday, June 22

+ Kembali ke Lubuk


Berakhirnya siri jenjalan. KB-KL-Raub-KB. Masok hari ketiga kat rumah baru bole mengh-update kau. Sebab aku dah kembali ke lubuk ni, maka kau akan ku isi sebuah entry yang memboringkan. Terimalah.


Hari Bertolak ke KL

Serious.pagi ni la baru nak kecoh kemas segale dan jumlah penumpang muatan proton wira itu hanya 4 termasok pemandu. Jam dah 835am baru tayar kete gerak. Sepanjang kete gerak, aku sbg co-pilot tak berape berani nak lena panjang. Setakat tidur-tidur baby je. Sekejap-sekejap tejage macam baby-tido-takbole-dengar-bunyi-bersin pun. Satu hal nye sebab driver punya prangai pantang bwk pelan2. Boleh tesengguk mengantok. So,speed harus atas 90km sejam dan tak kuasa layan bontot kete yang speed kurang daripada tu. Macam-macam perkataan kua nanti. Alhamdullilah selamat sampai Bandar Sri Damansara. Takde ape yang pelik, panic atau annoying terjadi sepanjang perjalanan.

Malam Pertama di KL
Penat bagai takreti nak cakap. Baring je memanjang walaupun atas tikar je. Dah maghrib baru mandi. Memula kate nak tgk wayang tapi dah semua berlingkar gaya macam tenggiling last-last kuar isi perot sudah. Makan kat gerai sambil layan bola. Perghh, tak romantika langsung. Balik rumah layan cD cite Wall-E. Menusuk kalbu jugak cite ni. Padahal pakai sekor robot yang takde nak sebut sepatah haram pon kecuali name die. Wall-E...but moral of the story stil there. Sweet la jugak kire. And ends of the first day.

Hari Memusing KL

Ok, heading ni bohong se-mate. Kelentong dua-mate. Planning cancelled. Haishh. Kononnya nak pegi jenjalan-patah-lutut pusing KL. Naek tren pegi KL Sentral pastu makan stemboat kat sna. Then terjah pegi KLCC pastu tengok wayang lah apelah. Alih-alih tengok wayang je yang jadik kenyataan. Yang lain khayalan. Kesimpulannya, kitorang drive pegi Jusco Kepong tengok Karate Kid yang best masyuk tuh. Tapi seron jugak snanye. Pas tilik Jackie Chan pegi tilik foodcourt plak. Aku menggatal layan western food. Even mama tak bape approve aku stil tibai jugak. Berbaloi-baloi sedapnye. Heh heh heh. Pastu merealisasikan impian yaya nak try makan sushi. Hamek nak. Abes belas-belas ringgit aku. KOmen yaya just "erghh..mashamlah". 

Hari Bosan di KL
Yes. This was the day which pillows are my mates. I dont know what others doing at that time but I was just texting myprecious and having fun with the pillows. Lunch time is also at home. Beli nasi bungkus macam orang bujang. Then hang out watching dvds again. I told u its BOSAN. We start packing that evening and roll to Raub that night. It was such regretable choice to seat at back of Storm. I prefer Pajero better. Damn Storm cracked my back for the whole 3hours!

Hari Kenduri di Raub
Sumpah aku tak penah menyibuk kat kenduri orang sehari semalam. Ini first time and its tiring. Semua part pasang khemah smua dah siap dah. Cuma tinggal bab masak-masak dan bunga telor and gift-gift segale tula. Mula-mula aku tolong belah telor masin. Untuk nasi kerabu pagi niha. Pastu aku susun-susun ape yang patot. Lepas breakfast nasi kerabu tu, aku lap-lap pinggan mangkuk. Keringkan lah kire. Tapi kaen lap macam tak profesional untuk digunapakai la. Nak cakap ape kan. Diam-wat-keje sudah. Sebenanya aku takdelah penat sangat pon sebab tak beria buat keje pon. Beria nengok sekeliling je and lastly before sesi makan-makan start, kitorang tebungkam je lam bilik. Tidor. Hahaha. Kitorang ni guests what? Tehee.. :D

Hari tu jugak Balik KB
Its balik time and nenek ikot kitorang balik. Ipah kene halau naek Storm. Sebab wira balik KB, Storm singgah Kuantan hantar beliau sekolah asrama semula. Padan muke. So nenek amek alih seat kosong tu. Stil penumpang 4 orang ye. Tapi pejalanan balik ni punya lah sekse. Aku tahu beliau ni suka banyak cakap. Setiap kali balik kampung mesti ada bende dicerite nye. Itu normal. Yang tak normal is talking non-stop in 8hours. Sepi hanya kedengaran tak sampai 5minit. And everything beside that were the talks. Masyallah. Tak sangka. Buah cempedak jadik nangka. Sedap kan? Aku tadah jela tinge tapi driver sumpah takleh fokus. Hilang konsentrasi. Kesian nenek kadang-kadang dibehentikan bercakap. Tapi beliau kebal. Each break only stand for 5minutes. Cayalah.

Hari tiba KB
Penat amat. Penghuni sekor yang tetinggal ni memang wat-taik-jadah-haram kat rumah. Bemaharajalela! Seluruh dinding lekat bau tembakau. Kuang Hasam! Aku benci letak kau kat rumah sorang2. Cepatlah berambus minggu depan. (Emo dgn adik sndiri). Sekian

Tuesday, June 15

+ Sejarah

       Zaman sekolah dulu, aku tak suka sejarah. Cekgu yang mengajar masa tingkatan 1 sampai 3 nama nya cekgu Alwi (bukan nama sebenar). Pastu cekgu masa tingkatan 4 dan 5, cikgu tu pompuan nama Pn.Asmah (bukan nama sebenar). Satu hari, aku kena panggil dengan cg. Asmah ni. Dia macam consult aku la haritu. Sebab nya aku tak hantar-hantar buku nota dia. Jadi mestilah dia mintak penjelasan dulu. Aku pon cakap la tipu sana sini. Tapi aku tahu dia tahu. Yang aku kelentong je sebenanya. Maafkan saya cekgu. SO dia bagi peluang. Dia mintak aku siapkan dalam masa seminggu. Sebab nak jage hati die, bertungkus lumus la aku buat. Tebongkok-bongkok jugak tiap malam nak siapkan bende alah tu. Lepas tu, aku hantar dengan senyum simpul. Dia cakap, dia doakan aku boleh jawab soalan pekse. Aku suka. Sebab dia bagi perhatian lebih kat aku. Pasan jela kan. Pastu,aku study je sebelom pekse walau pun macam meluat je baca buku sejarah tu, tapi aku cuba jugak telan. Tiba hari kua result, terang-terang aku kantoi. Dapat gred dari Denmark. D. Sadis abes dah tu aku rase. Kemudian, aku sendiri pegi carik dia. Aku cakap aku sedih sangat sebab macam-macam dah usaha tapi tetap tak dapat apa. Dia tanya aku. Apa niat aku yang sebenar? Aku terdiam. Selalu aku akan tanya macam-macam. Niat apa?Pasal apa? Tapi tak. Aku diam je. Lepas tu, aku mintak maaf dengan ckgu tu. Sambil sebut nama aku, dia cakap "Jangan la sedih-sedih. Nilai diri kat mana yang salah. Betol kan balik dan cuba lagi sedaya boleh. Saya pecaya kamu mampu buat lebih baik". Happy ending nya, aku dapat 2A ok untuk SPM dan kalau tolak tepi segale usaha, aku rase kpercayaan dia pada aku tu yang bagi aku harapan sebenarnya. Harapan yang walau apa aku buat pn, bukanlah sia-sia sebab sekurang-kurangnya aku tahu dia pecaya kan aku.

      Setiap pekenalan dan petemuan, punya pengajaran buat aku. Tak kira lah kawan ke, kapel ke, roomate ke, pakcik jual buah ke, makcik jual kaen ke, apa jenis hubungan lah. Confirm ada pengajaran. Contohnya, kau masok pasar nak beli kain batek, kau pilih satu slot yang kain dia lawa-lawa. Dia punya promote kalah Miss Peagant promote diri. Yelah, kau pulak bendul angguk je. Lepas pilih bayar semua kau balik rumah. Kau baru pasan kain batik tu tak simetri. Hodoh. Tapi tak boleh tukar dah. Pengajaran buat kau, cek simetrikal dulu. Okeh dah. Ini contoh saje.

moral of entry : your belief in someone gives them hopes. And I've found someone who teaches me beautiful things and precious one. Have you?

Monday, June 14

+ Seriously..perlu keh buat agreement macam ni..?


tak hengat mana jumpe bende alah ni.huhu
memang parah la kalau macam ni gaye
ini keh tahap org gile bola?isk...takde nye nak hidop
bagi aku ini dah kebodohan bola name nye
sangat haram takde ke-macho-an lgsung
naseb baek my mr.sweetheart tak kemaruk bola
dan tetap bergaya bermain futsal.phewitt2 :P

Sunday, June 13

+ tibe-tibe je...

first of all, semalam lelap tanpa bebual dengan myprecious.
jadi tadi petang aku tepon sebab rindu nak dengar suara dia.
after that, barulah rase bahagia nak tido petang. yup!
selaku bibik dalam rumah ni, aku memang pentido petang.
bukan ape babe, latihan bakal suri rumahtangga ni tough tau tak.
mengalahkan latihan industri kot.hahaha
tapi kalau nak cerita dari mula bukak mata sampai tutup mata
memang penat lah nak garap satu-satu. ha, itu baru nak garap
cuba kalau sendiri testing, comfirm kawen nanti nak apply amah!
well, the truth is ini bukan latihan bakal suri rumah tangga
sebab lambat lagi nak berumahtangga segale, just tolong mymom
lagi pula, aku kan penanam pokok anggur mandul sekarang.

okeh, entry "tibe-tibe je..."
part 1
first of all, again, sesi tido petang diganggu mimpi kurang hajo
mulanya aku rasa aku kat dalam sebuah bilik sape ntah
pastu aku ternampak sebijik laptop atas meja dalam bilik tu
pastu aku ternampak lagi satu folder yang berisi gambar-gambar
entah macam mana, tetibe je macam ada slide show depan muka
gamba die dengan die. yup, aku taip die dengan die
atau lebih senang difahami, sepasang manusia
and they were looking obviously intimately happily
tau dah salah.saje je nak letak banyak -ly kat situ.
so, intimate disini bermaksud beposing dengan mesra
gaya die memelok bahu die ok. sounds intimate bukan?
and I just wake up sebab my mom yelling my name.
damn. sepatotnya mimpi tu ada ending tetentu right?
aku bangun dari tido tanpa mamai sebab macam energetic je
sebab rase macam bekobar-kobar.tapi tak tahu la ape
tibe-tibe je rase macam tu
tibe-tibe je kan...

part 2
usai solat asar, aku ke dapur nengok kot-kot
ada bende menarik yang my mom bawak balik
seplastik buah salak masam taksedap, sebungkus sayur pelbagai
sebiji tembikai merah yang manis dan seketul gosip
no, aku tak rasa ini gosip semate
tapi seketul berita
mysis wants to get married. a hah!
tibe-tibe je.........

there are reasons why aku cakap tetibe je
but i'll just stop here.
signing off now.

Tuesday, June 8

+ Capture those memories in frames!!

YOU know,kalau I boleh bagi speech for freshy/freshies IPT yang nak pegi daftar just around the corner ni, I rase nak bagitau diorang "create lots of memories with your friends, take parts in as many activities as you like, kick butts with your friends and their pointer too but most important is to take as much photos as you can till your cameras cramp!!" hehehe.


(image source:Google)

Ehh ehh, berangan macam bagi speech motivasi sangat ni kenape? Well..nak cakap yang I budak baru habes belajar.(yeayy!!walaupun belom grad formally) But in certain parts, begitu tidak mendapat kepuasan diri. Terase macam kekurangan dalaman masih ada biarpun selepas empat tahun menuntut. Selama tempoh yang kalau tanam pokok jambu memang dah 2kali berbuah lebat ni, I ni umpama tak cukup taruk baja.paham tak? Kiranya kalau nak hidang maggi tomyam, cuma ada mee maggi,air panas dan perencah tomyam maggi tu jela. Gaya masak maggi kat asmara asrama la senang cite. Takde nak tambah udang ke, brokoli ke, daun sup ke 2helai. Camtu la lebih kurang. Bila ingat-ingat semula, macam menyesal-padan-muka-sendiri jugak la. Even on last semester pon, kureng participant in campus. At least, bergamba la sekilas kat mana-mana ceruk kan. Teringat yang en.hatimanis ada ajak keluar tetibe waktu pagi. Ghupenye nak begamba ala korea scene kat dalam campus area. At that time, the whole campus was like having springtime. Segale jenis pokok berbunga yang ada dah gaye berebut nak kembang. Tapi lagi sekali menyesal-padan-muka-sendiri hinggap atas dahi sebab masa tu belom mandi pagi and en.hatimanis tak suka tunggu-tunggu. (pantang beno die.haish!). Dari segi akademik dan relations with lecturer pun taktergilap langsung. Communications skills and soft skills basically macam drop sikit tapi takde lah sampai out teros. Kot. Seterusnya, bila teringat koleksi photos yang dimiliki sendiri sepanjang 4tahun pengajian, kalau belek mana-mana yang patot, boleh lagi la nak senyum terkenang. Tapi bile teringat banyak jugak yang tak digamba-photos-snapped kan. Isk,isk.. Amat kekurangan senyum disitu. End of camplaints.


(image source:Google)

So,let's just change the mode.
















[Mode: ber-Interbiu]

*muntah tilik resume sendiri.damn btol!

Monday, June 7

+What are you waiting for

        Hari khamis aritu lepak kat rumah macam biase tengok channel hitz astro.Its Digi Music Top 20 kot. Tetibe tesembul la clip video lagu mr.Colby O'Donis niha.Lagu agak baru in this month (May-June 2010). Baru nak masok carta agaknya.Mamat ni adalah anak murid kepada mr.Akon yang top-amat-semua-kenal-Right-na-na-na.Then semua lagu Colby ni yang aku dah dengar best-best jugak la. First kenal masa die feat lagu Lady Gaga, Just Dance.Ha,through lagu ni jugak la aku kenal salam-salam dengan Lady Gaga yang feymes tuh.Sape tak kenal memang katak dalam kasut sekolah betol. So, other songs yang Colby ni nyanyi banyak feat with guruji die la such as Beautiful, What You Got, dan itu jela kot yang aku tahu.hahaha
        Okeh, berbalik pada Digi Music Top20 awal-awal tadi,pasal clip video baru mamat ni yang tajuk lagu nya "what are you waiting for" feat dengan mizz Nina. Fine,lagu yang funky,catchy or wat-so-ever ni memang syiok didengari la. One thing yang attract mata aku is that girl called Mizz Nina. One glance je aku dah agak minah ni bukan macam minah salleh la. Gaya muka macam Lady Gaga pon ada. Sikit la lebih2 kurang. Aku kan suka nak same-same kan gaya muka artis.hehe. Pastu ble aku perasan die sebut "sexy girl from Kuala Lumpur" baru la aku terase macam nak laju-laju pegi Google name Mizz Nina. Ghupe nye memang bukan minah salleh pon. Memang originally from Malaysia and a Malay girl yang dipahamkan adalah anak seorang tan sri merangkap group member Teh Tarik Crew. Yeah, group indie. Even aku tak kenal sgt dunia indie tapi name Teh Tarik Crew tu memang penah lalu gegendang telinge aku. Anyway, aku search jugak kat YouTube lagu mereka ni. Komen kat situ macam-macam ada. Positif ada. Negatif ada. Neutral pon ada. Jadi, seperti biasa, aku tidak mengomen apa-apa disitu. Signing off now.

+ 3daddies with 1mommy

Inilah dia drama korea yang ditayang setiap isnin-jumaat kat channel 8tv. Jam 3 petang je memang duk mengadap tb wajib! Storyline cerita ni interesting jugak. Pasal seorang ibu bersama 3orang jejaka yang sama2 besarkan anak. Awalnya si isteri ni beria nak ada anak tapi si suami nya punya problemo la sikit sampai tak mampu nak bagi apa yang patutla kan. Kemudian si suami ni pegilah mengadu dengan 3orang kawan baik dia. Sampai satu tahap dia terdesak nak anak dan timbullah idea derma sperma tapi bukan dari bank sperma. Katanya tak berapa harapkan sangat bank sperma tu. Then keluarlah usul nak mintak daripada kawan-kawan baik dia yang 3orang tula. Gasak abes, mana la 3orang ni nak setuju kan. Tapi si suami ni main perasaan la hape la sampai la ntah macam mana 3orang ni tak sedar pun sperma diorang dicuri. (aku missed episod ni.damn!) So,mengandunglah si ibu tu. Tapi belom sempat anak lahir, suami nya kemalangan jalanraya terus meninggal. Kawan baik yang 3orang kesian la dengan bini kawan yang meninggal nih. Mula-mula diorang kesian je tapi bila diorg dapat tahu anak kandungan tu hasil salah satu daripada sperma diorang,masing-masing start gelabah. So hari-hari diorang bersama dua beranak tu memang macam2 lah. Walaubagaimana pun, kawan baik dia yang keje polis sorang ni memang menarik perhatian aku betol lah. Mari usha Sin Seong-Rok beramai-ramai! :D

ah,tak sempat upload banyak2.kene kerje.nanti sambung balik ;)

okeh. Kita mula dengan sedikit profile die ni.

Name: 신성록 / Shin Sung Rok (Sin Seong Rok)
Profession: Actor and Singer
Birthdate: 1982-Nov-23
Height: 185cm (wow!!)
Weight: 78kg
Star sign: Sagittarius
Blood type: A

TV Series 
Definitely Neighbors (SBS, 2010)
My Life’s Golden Age (MBC, 2008)
One Mom and Three Dads (KBS2, 2008)
The Art of Seduction (OCN, 2008)
Thank You (MBC, 2007)
Hyena (tvN, 2006)
Shoot for the Star (SBS, 2002)

Movies
Six Years in Love (2008)
The Worst Man of My Life (2007)
My Lovely Week (2005)

As an artist for sure kene ada site sendiri kan. Seperti biase, for sure jugak aku carik part photos gallery die. sini ada gamba-gamba die.tehee..saje je nak tengok gaya-gaya dia atau senang cite nak mencuci mata.agaga xD
ehem..gaya macho ok!

 gaya pura-pura comel :P
                                 
gaya berjuang abis-abisan.haha
udah2.tak boleh beria sangat..nghee :D

+ I don't believe you

P!nK.
mOst of her sOngs are really true
i feels like crying whenever listen to this
it's just perfect words to say what u feel inside
"please dont leave me" drop no2 as my fav song after dis one.
and i always deeplove my en.hatimanis :)

Saturday, June 5

+ short hair..sexy?hot?

 Extra Short Haircuts.
Agnes Monica
Stacy AF

Jacquline Victor
Victoria Beckham
Kiera Knightly
Rihanna

WhOse gOt the seXieSt hairCuts..? All of
them still looks hot right?except for Agnes :(
rambot die panjang lagi hot kot.hehe

I prefer long haircuts. Feminin la konon kan.nghee
macam Vanessa Hudson ni ke..
tak pon macam akak ni..hepi abes
cantek kan?tehee :)

Tuesday, June 1

+ I'm an eater! eh jap,kira duet dulu.

aku suka makan.(smua org suke mkn kot)
tapi aku suka makan bende macam mahal-mahal sket
memang lah nasi kandar mamak kenkadang mahal jugak
tapi aku tak brape prefer nasi kandar sbb lgsung hampeh
menu-menu kat nandos pon mahal gak
tapi aku tak brape bekenan pulak "rasa" kat situ
so aku bagi exception la nandos and nasi kandar tu.heheh
okeh,
aku sebenarnya suka makan
terutamanya makanan yang mahal-mahal
ehh..mcm ada yang tak kena
ooo..aku ulang balik isi penting
okeh,
aku sebenarnya suka nak makan makanan mahal
cuma sebenarnya aku malas skit la
nak pegi tempat-tempat yang mahal-mahal
sebab yang sebenarnya aku berkira sikit
bukan nya kedekut sangat tapi macam berat ati la
mcm lbeh kurang tak sanggup
mcm tak rela pun ada
mcm kedekutlah
hehehe
tapi paling best
sebenarnya bila ada orang ajak makan
nak-nak pegi tempat-tempat yang mahal-mahal
selalunya mereka ni orang-orang yang aku sayang.hehehe :)

sebenarnya makan kat rumah lah paling sedap!!
boleh tambah free.pastu boleh makan gaya bebas
pastu boleh la macam-macam.ehem!

signing off.taa~ ^_^

+ sila isi permohonan sebelom 30 Jun 2010

okeh,ini adalah situasi yang kritikal!
kita tak boleh lalai atau leka
saya ingin menasihati diri sendiri
tarikh tutup adalah pada 30jun,bermakna kita hanya ada tempoh
selama 29hari sahaja lagi,bersamaan 694jam..wow!!
(kira pakai jari tulis atas meja dgn ink angin)
tapi rasanya macam lambat lagi kot.heh heh -_-
walaubagaimanapun
kita menghadapi seketul permasalahan di situ
permohonan tersebut meminta kita menyatakan tarikh
pengesahan senat.ya,pengesahan senat.
jadi,apakah???
tang mane plak datang pengesahan senat ni
berbelas orang dah aku tanya
berpuluh soalan dah aku ajukan
beratus kali dah aku dok pikir
apekah..???adehh..
mesti ke nak stress pasal bende alah ni..?