Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 5

Re: Komplain Berkaitan Rumah Sewa

Merujuk perkara di atas, saya ingin meleretkan beberapa komplain terhadap pihak tuan. Sejak dua bulan yang lalu, saya dan sekufu penyewa di rumah ini telah berbincang dan mencapai kata sepakat untuk memohon pihak tuan memberi penjelasan berkaitan hal pembayaran sewa, bil dan sebagainya.

2. Semasa pembayaran sewa rumah bagi bulan April yang lalu, saya sendiri telah bersemuka dengan pihak tuan dan berbincang mengenai tunggakan bil Indah Water yang perlu dilangsaikan oleh pihak tuan sendiri memandangkan ianya adalah tunggakan bernilai RM330 dari tahun sebelumnya. Saya juga turut menanyakan tunggakan bil elektrik dan tuan telah menjelaskan sebab berlakunya tunggakan tersebut iaitu pihak tuan gagal membayar tepat pada waktunya. Kemudian, saya serahkan wang sebagai bayaran bil bulan itu dan berharap pihak tuan boleh menyelesaikan kerumitan ini. Namun begitu, kini bil elektrik yang diterima oleh pihak kami masih lagi berstatus tertunggak. Ape cite nehhh?

3. Sama seperti kes tunggakan bil elektrik, pihak Indah Water telah menghantar wakil ke rumah ini kerana sehingga kini masih belum menerima bayaran tunggakan. Ape cite lagih??

4. Saya dengan ini berasa amat malas nak pergi hantar wang sewa rumah kepada tuan dan mengikut perjanjian hitam putih, pihak tuan rumah lah yang sepatutnya datang mengutip wang. Nak amek sendiri.

Sekian terima kasih.