Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31

Kehilangan Diri

Wassap wassap asap2 sekalian! <----(kurang adab)
Maafkan saya..

So, masok harini dah hari kedua aku berada di Ipoh. Ipoh ni macam pekan je kot tapi macam bandar jugak tapi boleh la kalau nak banding dengan Penang or KL. Why? Sebabnya kan, I rasa Ipoh ni punya kedudukan geografi yang segar. Kawasan tanah pamah dan gunung ganang yang masih rumpun. Okay okay aku merapu. Titik.

Bagi aku, Ipoh ni tempat yang macam nice place untuk keluarga. Ecece. Cakap pasal keluarga pulak kan? Takdelah. Cuma aku tengok kawasan perumahan kawasan ni bagus. Berbeza sangat dengan Penang. Lot rumah banyak. Kawasan riadah banyak. Kawasan sekolah pun berlambak. Kawasan lepak boleh tahan. Lagi pun tak banyak rumah "sarang burung" <----(flat-condo-tinggi-bagai). Amat eyes-cooling.

Semalam pergi tengok cerita Karak. 
KOmen: Hurm..

Ntah pape bila
  • urban legend yang dilakonkan semula menarik tapi tak logik sebab manusia boleh plak dimakan2 dan diratah2 dagingnya oleh hantu? Erkk?
  • Watak Ida lakonan Kilafairy gedik gile jadi sex-appeal jela dalam filem nih. Dah malam2 menumpang rumah orang lagi sebok nak g mandi2 segala. Ntah pape
  • Intonasi nada suara akak hantu yang cari anak dia - HAHAHA kelaka!
  • Dalam hutan terang macam ada spotlight
  • Jack makan kudis luka sendiri.. EEUuuuuuwwwww sgt2..(tekak loya lagi sekali)
  • Ending tak logik sebab konon polis jumpa 3 mayat yang last hilang tapi masa sorang yang konon hilang tu jerit menangis tengah orang ramai, elok je diorang pandang buat muka pelik. Kata hilang? Heh!
Boleh tahan gak bila
 Sebelom berlakunya kemalangan

  • Teknik CGI mantop hantu dimekap bersungguh2 tapi rupa hantu tu macam makhluk dalam cerita Death Note
  • Unsur perli memerli orang tang "kenapa lari? Kata orang beriman." Haha. Makan dalam kot
  • Motif cerita ni boleh tahan. Lepas kemalangan tu, semua kawan si heroin dah mati. Yang hidop nya dia sorang je. So sepanjang perjalanan cerita tu, minah yang survive hanya bersama roh-roh jela. Logik nya memang hantu-hantu tu kacau sebab nak sesatkan roh kengkawan yang mati. Dalam masa yang sama nak ngajak si heroin ni jugak. Tapi modal nya si heroin ni konon juara qariah kebangsaan. Ahh malas nak cerita. 
Kesimpulan: Kalo korang hobi tengok wayang, sure tak kesah sangat psl harga tiket wayang kan? Pergi jela tengok sebab cerita hantu ni lain dari cerita hantu melayu yang ada. Main dish okay menarik jugak tapi side dish hancur. Enjoy~

Penyebab kemalangan. Nampak budak nih, teros terbabas


 Si Ida yang mati tercucuk kayu. Tak paham aku. 
Ko dah mati apesal nak mati lagi sekali?

 Scene JIJIKS. Dah kau kopek kau makan kan?
Geli bodoh!

Rate: 2.5 out of 5. Sekian

Friday, May 27

Result from different state of emotions


I already did this quiz but at that time I wasn't feeling sadness, upset or whatsoever

Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.
The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.
The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
How do you view success:
You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.
What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.
Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long

Monday, May 23

When you say nothing at all

I couldn't have been more wrong
I thought that I could bear
And nod all the way down
Pretend like it would be okay
still the only thing I can do
was end myself crying to sleep


Thursday, May 19

Depressed being compressed. Compressing depression!


Boleh bayangkan tahap kemurungan ayat di atas? Jika ya, TAHNIAH! Anda takde menang pape. 
Dua minggu lepas plat kereta aku kena kepak. Dammit lah. Ya memang salah aku sebab degil parking kat spot tuh. Spot penunggang motorsikal panjat pembahagi jalan. Spot yang merbahaya sebab diorang tetibe muncul dari ceruk tuh amat berjaya memeranjatkan pemandu laju. Lepas dah park aku sedar itu adalah spot diorang. Malang nya aku salah bertawakal. Ada si polan mana ntah yang sangat kurang adab melipat plat belakang jadi macam kueh karipap. Naseb baik lah takde polan yang nak jadikan kereta aku kek dihias aising spray macam-macam tulisan. Mau menangis dua hari sebulan.
Semalam dan kelmarin asyik pinjam duet rumet. Ape cite ntah ATM asyik jerit-jerit takmau terima kad. Aku pun asyik makan benda tula. Asyik asyik amat. Lepas mengadu kat akak kaunter yang lama amat nak siapkan kad, dia bagi kad baru. Kaler biru. Siap ada nama, i-debit. Apebenda dia explain aku tak fokus sebab nak cepat. Terima kasih kak. 
Harini dah boleh relaks. Semua tasks setel. Beria lepas sekolah pergi cari tiket Pirates Carribean. Seat kedua dari depan skrin siapa yang nak? Buat penat je. Dah pesan banyak kali dah jangan nak beria sangat dalam semua hal! Degil....
Seterusnya cerita rumah sewa. Payah juga menyewa ni sebenanya. Tuan rumah tak wayar tunggakan, penyewa pulak yang kena hadap. Cepat- cepatlah selesaikan bil sebelum lagi parah.
Lagi cuti dibekukan. Kena tunggu lima hari baru boleh bertolak balik negeri kelahiran. Baki cuti 10hari daripada 15 hari. NEXT....
Question for todayMana tempat paling sesuai simpan kunci pendua kereta? Kalau- kalau kunci kereta hilang, kunci rumah akan hilang jugak. Aku memang letak kunci rumah dan kereta satu jambak. Simpan kat rumah? Bawa kemana saja dalam beg? Eh kejap. Mana aku letak kunci pendua kereta??
@#$%

Saturday, May 7

Cerita harini dan semalam

Awak
Awak nak tau tak harini ari ahad jadi kompem2 la semalam sabtu kan wak? Saya memang sengaja nak jelaskan nama hari untuk awak. Awak kan dah lupa-lupa ingat pasal hari sekarang. Btw saya nak bagitau kat awak tentang aktiviti hujung minggu saya. Bermula jumaat malam saya keluar pergi pasar malam dengan roomate saya. Kitorang nak cari dvd cetak rompak kat sana. Senjakala. Harus ke saya tengok cerita Melayu Seram ni? Tak. Saya hanya ikutkan teman sebilik punya nafsu sahaja. Dia cuma nak tenung Zahiril Adzim. Lepas layan saya lelap. Niat saya nak tunggu awak dah terkubur. Walaupun dalam hati saya sentiasa berharap tapi inilah yang sentiasa berlaku. Tidur. 

Pagi Sabtu yang tak berapa nak pagi sangat dah. Saya tersedar bila terdengar satu bunyi macam bunyi ringtone handphone. Awak tau tak, bunyi tu sangat merisaukan. Saya aware sangat ianya bukan datang dari handphone pemberian awak tu. Tapi bunyi handphone orang yang baring sebelah saya ni. Satu bunyi yang merisaukan disusuli bunyi ringtone. Saya risau. Saya tahu itu isyarat bunyi panggilan video. Tetiba saya rasa dengki sangat awak. Tapi ada suara bajet bagus (BB) mana ntah bisik tepi saya. "Jangan nak bandingkan sangat dengan orang lain. Takde apalah. Rileks sudah." Tapi dia tiap-tiap hari pakwe dia call tau tak. "Takpayah nak banding orang cakap!" Masa tu, benci saya pada suara BB meluat amat. ShaddapUU!! Apesal U asyik nak menangkan dia? Apesal U suka sangat nak back up dia? Hish. Dia tak kesah langsung la pasal U. U je terhegeh-hegeh tak hingat. Please la babe.

Saya malas nak bertekak buang masa dengan beliau. Saya buat-buat rajin pergi dapur masak nasi untuk makan tengahari. Saya tak merancang apa-apa harini. Saya tak keluar rumah. Makan mengadap tb kemudian tidur. Saya tak sentuh sebarang kerjaan pon. Otak dari masa ke masa menayangkan perkataan "post-pone" aka KEJAP. Saya layankan aje. Sumpah satu kerjaan saya tak sentuh. 

Sedar-sedar langit dah gelap. Pesanan mesej saya tak pernah berbalas. Suara BB menyebok sakan. "Tak kesahla balas ke tak. Biar la dia. Dah kata tak nak terhegeh-hegeh. Buat diam sudah." U yang patot diam ok! Dammit kau BB. Malamnya saya berusaha lagi sekali. Walau pada permulaan sangat tidak memberangsangkan, saya tetap cuba lagi dan lagi. Perghh awak. Awak ni memang tegar kan. Susah bagai bagi awak nak tekan butang hijau atas nama saya. Serious saya sendiri tak suka buat benda bodoh macam ni. Serious saya tak suka membebel mengumpat awak kat sini. Ntah apa pekdahnya pon saya langsung tak pasti. Semoga awak dapat merasai apa yang saya rasa. 

Suara BB "Kecohlah lu minah. Lu sendiri yang nak timbul-timbulkan rasa terhegeh-hegeh la, terabai la, terhape-hape jelah. Lepas tu lu nak salahkan dia pulak. Lu ingat lu minah hot ke nak kena attention sepanjang masa? Derr..rimas ok" 

Bodoh. Go to hell la kau BB.

I hope there's no girl waiting for you out there


Wednesday, May 4

Putar banyak kali umpama "hamek kau padan muka!"

Lagu karaoke mana paling selalu orang nyanyi? Jawab jawab! Yang biasa pergi karaoke mesti boleh sebut satu- satu. Yang bajet suara best ada iras penyanyi asal tu mesti boleh buat senarai panjang. Koman- koman sepuluh lagu la. Malam ni aku belasah dengar tiga lagu yang aku selalu di-dengar-karaoke-kan. Encik hatimanes dah sombong dah dengan aku sekarang. Mentang- mentang la kan. Mentang- mentang la suara dia konon sedap. Mentang- mentang la dah merdeka. Mentang tak mentang, lagu-lagu ni aku putar sampai pengsan.
  • Lamunan Terhenti
  • Kejoraku Bersatu
  • Bourgenvilla
Apalah aku legap otak sangat bila buat kerja excel nih. Rupanya dah di-set-kan gred untuk setiap markah. Tunggu nak key-in markah je. Apesal lah aku tak perasan dari awal bende alah copy-paste ni. Punyalah susah nak tekan Ctrl A Ctrl C. 

Haihhhhhhhhh. Bengang betol.

Sunday, May 1

Dah kata dah

Sekali kau buat payah dah nak undur balik
Ni bukan perahu
Ni bukan basikal
Kereta pun bukan
Jangan harap kau boleh nak reverse gostan segala

Aku dah kata dah kan
Kalau nak si hati senang
Jangan ikut sangat cakap dia
Dia tahu cakap je apa dia nak
Yang buatnya kau
Yang hadapnya kau
Tapi akhirnya dua-dua terpaksa telan pahit
Kalau kau tak buat, kau dengan si hati
Dua- dua sama senang kot
Walaupun dia hati, tapi tak semestinya
Semua kata dia kau kena ikut
Kan?

Sekarang rasakan.....
Sang sesal pun taknak teman kau lah

tapi si hati dan aku ni bukan satu ke?