Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 25

who do you think you are

Hari ini saya ke tempat kerja selama sejam setengah. Selesai. Saya teruja mengenai sesuatu tapi saya tak pasti. Kemudian saya melilau mencari sesuatu yang tak pasti itu. Saya mulakan pencarian saya tetapi selepas sembilan puluh minit, saya menemui jalan buntu kerana sumber pencarian saya tidak kelihatan walau secubit pun. Saya melilau lagi. Ke sana ke sini meneruskan pencarian. Kemudian saya sedar kerjaan ini seperti orang kebodohan. Saya membawa diri. Hati berharap namun otak dah berkarat. Pencarian terhenti.

Saya pulang ke pangku katil. Lelap. Saya terjaga. Teringat pencarian awal pagi tadi. Saya sedih. Saya cuba lagi mencari. Berharap ada sesuatu yang dapat menenangkan hati. Sepi. Saya menunaikan kewajipan tengah hari. Memujuk perut yang tak henti merungut. Hujan di luar juga mungkin takkan berhenti. 

Saya tamatkan harapan ini.

Who do you think you are. Quote from Jar of Heart by Christina Perri.
Videoclip  dramatik habes. 

Sekian.

Tuesday, March 22

Adoila...


Alamak aih..

Dalam banyak benda yang nak rosak sejak dua menjak ni, pendrive yang bnyk isi ni jugak yg kena. Adoyai...

Baru je sapu beberapa isi penting daripada KakYana aritu. Dah la agak berguna jugak isi tu walaupun seco'et je. Apa isi nye? Adalah sikit tips- tips berkaitan persediaan untuk masa akan datang. Persiapan ape? Adalah. Sebok je die.

Paling sedih gambar berkepok dalam tu. 4gigabyte kot. Benci ah

Monday, March 21

Macam air mengalir

Terasa shocked!

. . . . . . . . . . . .

Ececeh
Pura-pura terkejut pulak kan. Shocked la sangat. Padahal diri sendiri yang boros. Yes. BOROS!
Siapa yang salah? isk isk isk...apa yang kau dah belanja duit beribu segala? Satu gajet pon tak beli. Berangan jela lebih kan. Part yang last lagi tak tahan. Apa? Simpan biar berkepok eh? Haktuih~

Beberapa kepal je aku saving dalam Tabung Haji dan Akaun ASB. Entah bila lagi nak kena sambung perihal saving ni. Katanya mama, suruh kerani cut gaji terus ke akaun bank. Jadi nak tak nak kena setel kan jugak hal ni nanti. Tapi nanti tu maksudnya nanti sangat-sangat lah. Hehe. Apa yang penting, duit memang semakin kurang amat tapi output nye memang sedikit. Sedikit sangat keh? Erm. Ok la kot. Baju beberapa helai. Seluar beberapa helai. Handbag satu je. Kasut dua kot. Spek baru satu. Lens biasa je yang memang topup tiap- tiap bulan. Makan sana sini situ. Bayar bil sana sini. Broadband yang tak berape best kot. Bagi ibu ayah adik kakak. Perghh. Habis cenggitu je. Orang len siap boleh beli notebook. Siap tukar itu tukar ini. Takdela saje je. Diorang beli notebook dowh. Best- best. Tapi ada jugak yang merajuk. Hurmm.

Yang pasti nye di sini. Aku agak bengang dengan tuan tanah rumah sewa. Masuk nih dah dua bulan dia tak hiraukan langsung maintenance rumah neh. Terase hangin betol. Udah le lampu makin banyak hangus terbakar takleh hidop. Dunia gelap separuh terang separuh. Ape cite? Dah tu pulak tag nak masok parking tak boleh nak flash. Tak pasal-pasal kena sound dengan pakguard rock kapak tuh. "Tepon tuan rumah dik. Tak bayar surcaj neh" Huishhh. Panasssssss

Lepas dah shocked, dah hangin, terase fade up pulak. Nak cari rumah baru keh? Hadoii. Memang cari hal betol la. Duet lagi yang nak mengalir kan. Grrr....

Kalau cuti tanpa gaji pegi KOrea memang plan tu sangat excellent. Hahaha :P